Kemaskini terakhir pada Isnin 11 Februari 2013.     Hari ini

  PIZZA PAH FOODS SDN BHD

      Sebuah Syarikat Milik Penuh Bumiputra (Melayu)  Islam (Reg. No. 692577-D)

     Pengeluar Piza Sejukbeku Bumiputra Islam Pertama Di Malaysia

 

    "Wahai sekalian manusia, makanlah apa-apa yang ada di atas mukabumi yang halal lagi baik (toyyib)"

     (Qur'an:  2:168)

 

    "Tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh daripada makanan haram" 

    (Hadis:  Riwayat Imam Ahmad)

 

  

 

 

 

e-Mail Kakitangan

User  online

 

Anda Pelawat ke

Hit Counter

 

 

 

Selamat  datang ke laman sesawang  Pizza Pah Foods Sdn Bhd (Pizza Pah), sebuah Syarikat Milik Penuh Bumiputra (Melayu)  Islam (Reg. No. 692577-D).

 

Sebagai sebuah syarikat muslim, falsafah perniagaan  Pizza Pah ialah untuk menyahut seruan Farhu Kifayah dalam  membekal makanan Halal dan Toyyib (Suci) disamping menjana keuntungan yang mencukupi untuk membolehkan sebahagian daripada keuntungan dikembalikan  kepada masyarakat dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat, disamping zakat dan cukai pendapatan..

 

Beroperasi sejak 1998, Pizza Pah Foods Sdn Bhd ialah pengeluar piza sejukbeku Bumiputra Islam pertama di Malaysia yang telah berjaya menyediakan pilihan kepada umat Islam untuk  menjamu selera TANPA WASWAS

 

Semua komponen piza seperti roti piza, sos piza dan lauk (topping) disediakan sendiri oleh Pizza Pah menggunakan bahan mentah yang disahkan HALAL oleh JAKIM. Semua pekerja kami berugama Islam.

 

Kami mengeluar dan mengedar piza segera (piza siap), komponen piza seperti roti piza, lauk piza dan sos piza. Kami juga bersedia mengeluarkan piza secara kontrak menggunakan jenama pelanggan. Semua produk disediakan dalam bentuk sejukbeku.

 

Buat masa ini, Produk Pizza Pah diedarkan ke kedai-kedai runcit. Insya Allah akan memasuki pasarayabesar dan stesen petrol seluruh negara mulai 2013.

 

Kami juga mengendali Kafe Pizza Pah yang menghidang piza siap masak untuk dinikmati bersama-sama seisi keluarga atau dibawa pulang. Kafe milik Pizza Pah terletak di Tingkat 1, Kompleks PKNS Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor. Jika anda ingin menikmati rasa asli piza jenama Pizza Pah, sila cuba di Kafe Pizza Pah.

 

Sila hubungi Pengarah Eksekutif kami, Tuan Syed Mohd di 019-331 2410  jika anda  mempunyai cadangan atau perlukan maklumat lanjut

 

Salam hormat daripada saya

 

Puan Sharifah Rofiah bt. Hj. Syed Hassan

Pengarah Urusan

PIZZA PAH FOODS SDN BHD

 

 

 

 

 

 

rumah anak yatim

Jadikan Harta Anda Kekal Abadi Sebagai Milik Anda Hingga Hari Akhirat Dengan Sadaqah Jariah Kepada Anak Yatim