Hari ini

    PIZZA PAH FOODS SDN BHD

      Sebuah Syarikat Milik Penuh Bumiputra (Melayu)  Islam (Reg. No. 692577-D)

     Pengeluar Piza Sejukbeku Bumiputra Islam Pertama Di Malaysia

 

    "Wahai sekalian manusia, makanlah apa-apa yang ada di atas mukabumi yang halal lagi baik (toyyib)"

     (Qur'an:  2:168)

 

    "Tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh daripada makanan haram" 

    (Hadis:  Riwayat Imam Ahmad)

 

  

 

 

 

e-Mail Kakitangan

User  online

 

Anda Pelawat ke

Hit Counter

 

 

 

Kemaskini terakhir 22 Jun 2012

 

 

SEJARAH RINGKAS

 

Sejarah Pizza Pah Foods Sdn Bhd (Pizza Pah)  bermula pada tahun 1997 apabila Puan Sharifah Rofiah bt. Hj. Syed Hassan (Pengasas Pizza Pah) mula menjual piza secara kecil-kecilan kepada kawan-kawan dari kilang mini di rumah beliau di Bandar Baru Bangi, Selangor. 

 

Bahkan jenama "Pizza Pah"  itu sendiri hasil daripada  pangilan  kawan-kawan  'piza yang Pah buat'.

 

Modal permulaan lebih kurang RM15,000.00 telah digunakan  untuk membeli peralatan asas seperti mesin pengadun roti (dough mixer), ketuhar letrik (electric oven) dan membina kilang mini di bahagian belakang rumah kediaman.

 

Puan Sharifah Rofiah mendapat pendidikan awal dalam bidang "bakery" di New Zealand pada tahun 1984/85. Setelah pulang ke tanah air, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang "Bakery"  dan "Sugarcraft" di Fakulti Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia pada 1996/97.

 

November  1998, perniagaan Pizza Pah didaftarkan sebagai peniagaan Pemilik Tunggal dengan nama Pizza Pah Enterprise (No. Daftar 1168393 A).

 

Tahun 1998 juga Pizza Pah  mula menghantar piza sejukbeku ke kedai-kedai runcit di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor.

 

Tahun 2000 hingga 2002, Pizza Pah rancak membuat jualan promosi di sekitar Bandar Baru Bangi dan di dalam Kompleks PKNS Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor. 

 

Tahun  2003, Pizza Pah menyewa lot promosi secara tetap di Tingkat 1, Kompleks PKNS Bangi. September 2005, lot promosi ditukarkan kepada lot kekal "Kiosk Pizza Pah". Disember 2009, Kiosk Pizza Pah dinaiktaraf menjadi Kafe Pizza Pah seperti  sekarang.

 

Piza  sejukbeku keluaran Pizza Pah telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga  kilang mini di rumah tidak lagi mampu mengeluarkan  piza  yang mencukupi.

 

Pada Mac 2004, operasi membuat pizza telah dipindahkan ke kilang sekarang yang terletak di No.21 & 23, Jalan Hentian 4, Pusat Hentian Kajang, Off Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor. Pizza Pah hanya menyewa satu lot (No.23) sahaja di awal operasi (2004). Pada tahun 2009, lot bersebelah (Lot 21)  telah disewa menjadikan keluasan kilang berjumlah dua lot kedai.

 

Berikutan dengan peningkatan pengeluaran, edaran piza sejukbeku diperluaskan ke seluruh negara termasuk Sarawak dan Sabah.

 

Pizza Pah diperbadankan menjadi Pizza Pah Foods Sdn Bhd (No. Daftar 692577-D) pada 25 Mei 2005 dengan Modal Berbayar (Paid Up Capital) dan Modal Dibenar (Authorised Capital) berjumlah RM100,000.00.

 

Pada Disember 2008, Modal Berbayar dinaikkan menjadi RM250,000.00 dan Modal Dibenar menjadi RM500,000.00

 

Pizza Pah merupakan pengeluar piza sejukbeku Bumiputra Islam pertama di Malaysia.

 

Jenama Pizza Pah  terkenal dengan moto:

 

     "panas rangup, sejuk lembut, pasti memuaskan citarasa anda"

 

Perjuangan Pizza Pah ialah menyahut seruan Fardhu Kifayah dalam pengeluaran piza sejukbeku yang Halal dan Suci.

 

 

 

 

 

rumah anak yatim

Jadikan Harta Anda Kekal Abadi Sebagai Milik Anda Hingga Hari Akhirat Dengan Sadaqah Jariah Kepada Anak Yatim