Kemaskini terakhir pada Isnin 11 Februari 2013.     Hari ini

  PIZZA PAH FOODS SDN BHD

      Sebuah Syarikat Milik Penuh Bumiputra (Melayu)  Islam (Reg. No. 692577-D)

     Pengeluar Piza Sejukbeku Bumiputra Islam Pertama Di Malaysia

 

    "Wahai sekalian manusia, makanlah apa-apa yang ada di atas mukabumi yang halal lagi baik (toyyib)"

     (Qur'an:  2:168)

 

    "Tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh daripada makanan haram" 

    (Hadis:  Riwayat Imam Ahmad)

 

  

e-Mail Kakitangan

User  online

 

Anda Pelawat ke

Hit Counter

 

 

 

 

1. Siapakah pemilik Pizza Pah Foods Sdn Bhd (Pizza Pah)

 

Pizza Pah Foods Sdn dimiliki sepenuhnya oleh usahawan Melayu berugama Islam. baca lagi>>>

 

Sejarah Pizza Pah Foods Sdn Bhd (Pizza Pah)  bermula pada tahun 1997 apabila Puan Sharifah Rofiah bt. Hj. Syed Hassan (Pengasas Pizza Pah) mula menjual piza secara kecil-kecilan kepada kawan-kawan dari kilang mini di rumah beliau di Bandar Baru Bangi, Selangor.  baca lagi>>>

 

2. Bilakan Pizza Pah mula beroperasi

 

Mula beroprasi pada tahun 1998 sebagai syarikat pemilik tunggal (Pizza Pah Enterprise). Diperbadankan menjadi Pizza Pah Foods Sdn Bhd pada 25 Mei 2005.

 

3. Apakah keistimewaan piza keluaran Pizza Pah

 

  • Ranggup semasa panas dan lembut apabila sejuk.

 

  • Memenuhi citarasa tempatan dan tidak memuakkan

 

  • Boleh didapati dalam bentuk siap dimasak atau sejukbeku 

 

  • Dikeluarkan sepenuhnya oleh Pizza Pah, sebuah syarikat milik penuh Melayu (Bumiputra) Islam. Semua komponen membuat piza seperti Roti Piza (Pizza Base), Sos Piza (Pizza Sauce), Lauk (Toppings) dikeluarkan sendiri oleh Pizza Pah menggunakan bahan mentah yang disahkan halal oleh  JAKIM. Kami juga menggunakan keju Mozzarella yang dibuat menggunakan `vegetable rennet'.

 

  • Semua pekerja kilang berugama Islam.

 

 

4. Apakah peluang perniagaan bersama-sama Pizza Pah

 

Anda boleh menjadi Agen Bebas (Individu), Agen Kedai (Peruncit) dan Agen Cafe / Restoran.

 

5. Apakah Agen bebas atau Agen Individu

 

Anda beli produk Pizza Pah dengan harga borong (20% diskaun) dan jual balik kepada pelanggan anda dengan harga runcit. Pembelian minimum RM300.00  baca lagi>>>

 

6. Apakah Syarat-Syarat untuk menjadi Agen Peruncit

 

Anda mesti mempunyai kedai runcit atau kafe atau restoran.  baca lagi>>>

 

7. Adakah harga ditetap oleh Pizza Pah

 

Ya. Semua harga ditetapkan oleh kami dan sama seluruh semenanjung.

 

8. Adakah Pizza Pah menyediakan kiosk atau kafe kepada usahawan

 

Pizza Pah tidak menyediakan apa-apa premis seperti kiosk atau kafe. Jika ada usahawan yang ingin membuka kiosk atau kafe yang berkonsepkan Pizza Pah dan menjadikan produk Pizza Pah sebagai barang atau menu utama, kami akan bantu menyediakan rekabentuk  dan susunletak suapaya nampak menarik. Semua kos ditanggung oleh usahawan.

 

Jika usahawan ingin memohon pinjaman, kami bersedia menyokong untuk mendapatkan pinjaman dan grant daripada agensi-agensi berkaitan.

 

9. Berapa jenis lauk (toppings) yang telah dikeluarkan oleh Pizza Pah sehingga kini.

 

Kami mengeluarkan 9 jenis lauk dalam bentuk `Standard Topping' dan `Cheesy Rich Toppings'

Jenis-jenis lauk tersebut ialah:

 

  • Ayam
  • Daging
  • Pepperoni  Ayam
  • Pepperoni Daging
  • Vegetarian
  • Makanan Laut (Seafood)
  • Ayam Hawaiian
  • Tuna

 

 

Semua jenis piza dikeluarkan dalam empat saiz ialah itu:

 

  • Saiz Mini (5") - hanya untuk tempahan
  • Saiz Single (7")
  • Saiz Regular (9')
  • Saiz Family (12")

 

10. Adakah Pizza Pah menjual komponen atau bahan separuh siap membuat piza?

 

Ya. Kami juga menjual komponen membuat piza selain piza yang dah siap. Bahan-bahan separuh siap itu ialah roti piza, sos piza dan lauk piza. Kami juga boleh bekalkan keju mozarella jika ada permintaan yang mencukupi.   baca lagi>>>

 

11. Apakah perbezaan antara Standard Topping dan Cheesy Rich Toppings.

 

Dalam bentuk sejukbeku, Cheesy Rich Topping ialah Standard Toppings yang diletak lebih keju.

 

Di Kafe atau restoran ramuan tambahan seperti  bell pepper, bawang, cendawan butang dan tomato segar juga ditambah sebelum piza dibakar dalam oven memberi citarasa yang unik  dan eksklusif.

 

Mintalah piza Cheesy Rich Topping dari Kafe Pizza Pah dan  Agen Siap Masak kami hari ini.

 

 

 

 

rumah anak yatim

Jadikan Harta Anda Kekal Abadi Sebagai Milik Anda Hingga Hari Akhirat Dengan Sadaqah Jariah Kepada Anak Yatim