Sila Reload / Refresh untuk laman terkini.     Hari ini

 

   PIZZA PAH FOODS SDN BHD

       Sebuah Syarikat Milik Penuh Bumiputra (Melayu)  Islam (Reg. No. 692577-D)

     Pengeluar Piza Sejukbeku Bumiputra Islam Pertama Di Malaysia

 

     "Wahai sekalian manusia, makanlah apa-apa yang ada di atas mukabumi yang halal lagi baik (toyyib)"

      (Qur'an:  2:168)

 

     "Tidak akan masuk syurga daging yang tumbuh daripada makanan haram" 

      (Hadis:  Riwayat Imam Ahmad)

     

e-Mail Kakitangan

User  online

 

Anda Pelawat ke

Hit Counter

 

 

 

 

Kemaskini terakhir: 22 Februari  2012

 

 

SIAPA KAMI

PIZZA PAH FOODS SDN BHD (PIZZA PAH) ialah sebuah syarikat perusahaan makanan (Co. No. 692577-D) milik 100% Bumiputra (Melayu)  Islam, telah didaftar di Malaysia, di bawah Akta Syarikat 1965 pada 25 Mei 2005. Sebelum ditukar kepada sebuah syarikat Sdn Bhd,  PIZZA PAH telah beroperasi sebagai sebuah syarikat Pemilik Tunggal dengan nama PIZZA PAH ENTERPRISE (Co. No. 1168393 A) sejak November 1998.

 

 

FALSAFAH PERNIAGAAN

Sebagai sebuah syarikat muslim, falsafah perniagaan yang dipegang oleh Pizza Pah ialah untuk menyahut seruan Fardhu Kifayah dalam  membekal makanan Halal dan Toyyib (Suci) disamping menjana keuntungan yang mencukupi untuk membolehkan sebahagian daripada keuntungan dikembalikan  kepada masyarakat dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat, disamping zakat dan cukai pendapatan..

 

 

MISI KORPORAT

Berusaha menyediakan makanan Halal dan Toyyib (suci)  ke pasaran tempatan dan global. 

 

 

OKJEKTIF PIZZA PAH

  • Menyahut seruan Fardhu Kipayah dalam mengeluarkan makanan sejukbeku yang Halal dan Toyyib (Suci).

  • Memberi peluang kepada usahawan tempatan menjalankan perniagaan bersama Pizza Pah

  • Mengumpul dana yang mencukupi untuk membantu masyarakat yang perlukan bantuan.

 

 

ALAMAT  

PIZZA PAH FOODS SDN BHD, 23 & 23M, Jalan Hentian 4, Pusat Hentian Kajang, Off Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor D.E, Malaysia.

 

Telefon    : 03-8739 9442

Faks        : 03-8739 9443  

H/P          : 019-331 2410

 

 

e-mail: marketing@pizzapah.com.my 

Laman web: http://www.pizzapah.com.my

 

 

PRODUK KAMI

1. Pizza Segera (Instant Pizza) rangup dan lembut

2. Roti Piza (Pizza Base) rangup dan lembut

3. Sos Piza (Pizza Sauce)

4. Lauk Piza (Pizza Toppings)

5. Pengilangan Kontrak (Contract Manufacturing)

 

Baca lagi>>>>

 

KILANG

Kilang kami terletak di No. 21 & 23, Jalan Hentian 4,  Pusat Hentian Kajang, Off Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

 

 

PEKERJA

Untuk menjamin produk Pizza Pah sentiasa Halal dan Suci, kami hanya mengambil  pekerja berugama Islam.

 

 

BAHAN MENTAH

Kami menggunakan bahan mentah yang dikeluarkan oleh syarikat Muslim sahaja. Keju  mozzarella (mozzarella cheese) yang kami gunakan  disahkan HALAL oleh JAKIM  (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

 

 

KONTAK

Tuan  Syed Mohd bin Syed Ibrahim.

Jawatan     : Pengarah Eksekutif

H/Phone     :  +6019-331 2410

e-mail        : admin@pizzapah.com.my


 

 

Jadikan Harta Anda Kekal Abadi Sebagai Milik Anda Hingga Hari Akhirat Dengan Sadaqah Jariah Kepada Anak Yatim